Penyatuan Melalui Budaya dan Berkembang dalam Perdagangan: Menghitung hari ke arah Pameran Dagang Budaya China Jiangsu Pertama (Malaysia)

Pameran Dagang Budaya China Jiangsu Pertama (Malaysia) akan berlangsung di Ruang 1-2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Malaysia dari 17 hingga 19 November 2023. Acara ini diselenggarakan oleh Jabatan Perdagangan Provinsi Jiangsu dan telah mendapat sokongan besar dari Kedutaan Besar China di Malaysia, Jabatan pemerintah, persatuan-persatuan pedagang,  di Malaysia. Tema pameran tahun ini adalah "Penyatuan Melalui Budaya dan Berkembang pesat dalam Perdagangan." Lebih dari 100 peserta pameran dari Jiangsu akan mempamerkan pelbagai produk yang berkonsepkan warisan budaya  yang unik, termasuk tenunan Yunjin, seramik tanah liat ungu, dan sutera. Mereka juga akan berkongsikan maklumat digital yang terkait dengan acara permainan secara maya, animasi, perisian, hak cipta dan kekayaan intelektual. Selain itu, akan ada perbincangan mengenai layanan khusus seperti pengubatan secara tradisional china, gastronomi, pelancongan dan pendidikan Antarabangsa. Pameran ini akan menampilkan promosi, persembahan dalam kunjungan atau roadshow mengenai budaya dan pemadanan perniagaan bersama usahawan. Kami dengan berbesar hati ingin mengundang semua usahawan dari Malaysia dan individu dari pelbagai latar belakang untuk bergabung dan bersama kami di pameran ini dan merasakan pengalaman mengenai  pesona Jiangsu.

 

Provinsi Jiangsu terletak di bahagian tengah hilir Sungai Yangtze, di persimpangan Jalur Ekonomi Sutra dan Jalur Sutra Maritim Abad ke-21. Dengan keunggulan geografi yang unik, Jiangsu memiliki keluasan wilayah sebesar 107.200 kilometer persegi dan menjadi rumah bagi 85,15 juta penduduk tetap. Pada tahun 2022, keluaran dalam negeri kasar (kdnk) Jiangsu mencapai RMB12.29 triliun secara konsisten dan menjadi ekonomi provinsi terbesar kedua di China selama 30 tahun. Sebagai provinsi yang terbuka dan berpandangan maju, Jiangsu berhasil menarik manfaat pelaburan asing sebesar USD30.5billiun dan mencapai jumlah  perdagangan luar negeri sebesar RMB5.45 triliun pada tahun 2022, secara berturut-turut menepati peringkat pertama dan kedua di China. Selain itu, perdagangan luar negeri  Jiangsu melebihi USD57,09 billiun, menjamin posisi paling utama di seluruh negeri. Provinsi Jiangsu memiliki tradisi dan sumber budaya yang kaya dengan skala perdagangan budaya yang berada di antara tiga tangga teratas di China. Selain warisan budaya  yang melimpah, seperti tenunan Yunjin, embroideri Suzhou, ukiran batu jade dan ceramik tanah liat ungu, Jiangsu terkenal dengan ubatan secara tradisional China dan Masakan Huaiyang. Perkhidmatan dan produk berkait rapat dengan animasi, permainan secara maya, filem dan televisyen, dokumentari dan perdagangan hak cipta telah memperluas kehadiran Jiangsu di pasaran global, mendapatkan populariti di seluruh dunia.

Semenjak hubungan diplomatik di antara China dan Malaysia 49 tahun yang lalu, Malaysia telah menjadi  perdagang kedua Jiangsu di ASEAN. Kami percaya bahawa China Jiangsu Culture Trade Expo (Malaysia) yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 November ini akan membuka peluang baru dalam perdagangan budaya antarabangsa Jiangsu.  Ini juga akan memperkuat prestasi kerjasama di antara perusahaan dari kedua negara sekaligus memperluaskan peluang kerjasama perdagangan dan pertukaran antara Malaysia dan China.  Kami juga percaya pameran ini akan menjadi titik permulaan bagi kedua belah pihak menjalinkan hubungan perdagangan.

02 Nov 2023

Ⓒ 2023 KenaliTv (201101032042 / 960177-T) | Powered by NEWPAGES | Privacy Policy